Haiwan & Tumbuhan Yang Pupus

Haiwan Dalam Kenangan

Tyrannosaurus Rex ( Pupus sejak 65 juta tahun yang lalu )

Tyrannosaurus Rex ataupun nama ‘manja’nya T.Rex masih kekal sebagai haiwan pemangsa paling ditakuti yang pernah hidup di muka bumi. Panjangnya adalah 43.3 kaki, dan 16.6 kaki tinggi dengan berat sehingga 7 tan.! T.Rex dipercayai mempunyai otot kaki dan rahang yang kuat. Ini menjadikan T.Rex mempunyai pakej lengkap sebagai haiwan pemangsa yang paling ditakuti oleh mana-mana haiwan lain pada waktu itu. Fosil T.Rex kebanyakkannya ditemui di negara-negara Benua Amerika Utara. Setakat ini, saintis telah mengumpul kira-kira 30 fosil T.Rex daripada kawasan ini.
Dodo ( Pupus sejak lewat abad ke-17 )





Tidak salah untuk mengatakan Dodo ialah haiwan yang telah pupus paling popular di dunia. Banyak peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti‘as dead as a dodo’ yang membawa maksud kematian yang ragu-ragu dan pelik. Seperti peribahasa ini, kematian dodo adalah pelik kerana Dodo dikatakan pupus secara tiba-tiba. Suatu ketika, Dodo boleh kelihatan berkeliaran sepertimana ayam-ayam dan itik-itik di kampung. Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia sering bersarang di atas tanah sepertimana ayam dan itik. Habitat asal Dodo adalah di Kepulauan Mauritus. 


Thylacine a.k.a Tasmanian Tiger ( pupus sejak 1936 )







Thylacine dipercayai pupus sejak 1936. Haiwan karnivor ini juga digelar Tasmanian Tiger kerana jalur ala-ala harimau yang terdapat di balakang badannya. Keunikkan haiwan ini menarik minat ramai saintis. Haiwan ini berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea. Miskipun diumumkan haiwan yang telah pupus secara rasmi, terdapat beberapa pertembungan antara manusia dengan haiwan ini dilaporkan. Akan tetapi, tiada bukti kukuh untuk menyokongnya. Thylacine dipercayai pupus kerana pemburuan manusia secara berterusan dan habitatnya yang terancam.


Tumbuhan Dalam Kenangan



 Pokok Monkey Puzzle



Hanya mendengar namanya, korang mungkin boleh mengatakan bahawa ianya sejenis pokok yang cukup unik. Dijadikan sebagai Pokok Kebangsaan negara Chile, pokok ini boleh dilihat dan didapati di merata Eropah terutama di Kebun-kebun Botani. Kadang-kadang ianya di gelar sebagai “Fosil Yang Hidup”, pokok Makey Puzzle ini mampu hidup beribu-ribu tahun. Di Chile, ianya dikenali sebagai Pehuén oleh masyarakat kaum Pehuenche. Mereka mempunyai banyak sejarah dengan pokok ini yang mana ianya merupakan sumber makanan kaum tersebut. Pokok ini menghasilkan “nuts” atau pun kekacang yang dimakan oleh kebanyakan haiwan dan manusia.Pohon itu membesar sehingga sekitar 131 kaki tetapi memiliki batang pokok yang sangat kecil. Dedahannya dikatakan sangat tebal dan bersifat reptilia kerana ianya membiak subur di kawasan yang menerima hujan yang banyak dan suhu yang sejuk.


St. Helena Gumwood



Pokok St Helena Gumwood ini sangat unik. Pulau St. Helena memilihnya untuk menjadi pokok ini sebagai pokok kebangsaan mereka. Pohon ini tumbuh dengan batang bengkok, tetapi ianya mampu menyokong dahan-dahannya dan ranting-ranting yang membentuk satu kanopi ala se buah dengan jumlah cabang atau dahan yang tak terbatas.



Selama musim sejuk dan memasuki akhir bulan musim bunga, setiap cabang menghasilkan bunga menjuntai putih. Bersama dengan bunga-bunganya, terdapat daun-daun yang boleh mencecah 5 inci panjang. Daun-daun bukan sahaja agak besar saiznya, tetapi mereka juga berbulu/rambut dan berwarna hijau sementara sebahagian dedaun yang lain berwarna kelabu. Populasi pokok ini sebelum ini pernah membentuk hutan hujan tropika secara menyeluruh di St. Helena.


Cedar Clanwilliam



Sering dianggap sebagai Raja Pokok, pokok Cedar Clanwilliam boleh didapati sepanjang Western Cape Province di South Africa, terutamanya di kawasan pergunungan Cederberg. Pokok ini sangat tinggi, tumbuh hingga 82 kaki tingginya. Ada di antara pokok-pokok ini boleh hidup sehingga 1,000 tahun, dan memakan masa hampir 30 tahun untuk pokok untuk menghasilkan benih. Pohon ini memiliki daun yang berbentuk jejarum yang berkedudukan rapat-rapat antara satu dengan lain. Dedaunan sering menghasilkan kon kecil pada penghujung setiap ranting kecil sepanjang musim gugur.

Comments